Saturday 9 April 2011

SEDIH LAGI MENYEDIHKAN ;-(

Hukhukhukhukkkkk....ini tiada kaitan dgn coklat, tiada kaitan ngan Mr.A yg suh pandai pilih masa buat coklat, ini berkaitan ngan pemergian anak muridku ke Rahmatullah. 

Walaupun aku bukan guru kelasnya, tapi aku ngajo BM kelas arwah....dan dialah murid yg rapat ngan aku coz dia suka dengki aku. Tapi sepanjang 4 bulan aku ngajo dia, walaupun dia suka kenakan aku tapi aku tak penah sekali pun benci dia, taktau kenapa, rasa kesian jekkk kalo tengok muka dia. Dia nakal tapi tidak sampai kurang ajar dan masih mendengar kata, dan dia suka panggil nama aku tapi bila tanya, takde apa2 saja nak panggil cikgu ;-(

Kalo dia tak bawak buku, sebelum aku cubit @ pukul tapak tangan dia dah berdiri dulu mintak kena cubit @ pukul 2 kali, kalo aku pukul sekali, dia tetap mintak kena pukul 2 kali. Kadang2 dia sengaja buat bising sebab nak suruh aku pukul dia.....;-(

Dan tak sah kalo sehari aku tak sebut nama dia, kadang2 org lain yg bising, nama dia jugak yg aku tersebut.................AZAM FIRDAUS, awak dekat dihati cikgu ( saat ini air mata aku masih mengalir ). Dari saat aku dengar tentang pemergiannya ( malam sabtu ) sampai la ke saat ini aku masih lagi sedih. Hari sabtu ke sekolah dengan mata yg bengkak dan aku memang nak sangat tengok wajahnya buat kali terakhir ;-(.

Alhamdulillah, doa ku dimakbulkan. Walaupun hari sabtu sekolah ganti, aku dapat jugak pergi menziarahi jenazahnya kerana aku bnyk masa free. Akhirnya aku dapat melihatnya buat kali terakhir, memang air mata tak dapat ditahan2 saat aku melihat jasadnya yg kaku...aku tak berhenti2 memandang wajahnya walaupun aku tengah membaca yasin kerana aku dpt melihat wajahnya yg ditutup dengan kain nipis. Lain sungguh mukanya kerana bengkak.

Minggu ne memang kelakuannya menguji kesabaranku...tapi aku masih mampu bertahan, bukan pilih kasih tapi tatau kenapa sebab dia penceria kelas ngan lawak2 nya yg tak tentu hala. Dan menggu ne dia kerap hendak ke tandas sampai aku beri masa 2 minit jekkkk. Dan memori terakhir aku dengannya pada hari Jumaat. Dua masa aku dlm kelasnya...dia tanya guna buku apa, tapi aku tak jawab sebab aku tau dia sengaja nak kenakan aku. Dan kenangan terakhir adalah bacaan syair beramai2, dan dia jadi suara latar yg menyahut2....aaaaa, aaaaa, aaaaa.

AZAM FIRDAUS......cikgu maafkan segala2 nya dan halalkan segala ilmu yg cikgu curahkan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman....al-Fatihah.
Bertambah sedih kerana Mr.A tiada di rumah sebab pergi kuliah di UTHM, BP.....huaaaaaaa, nangis sensorang ;-(

No comments:

Post a Comment